Terkini!!! MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear'? Biar Betul!!! Fitnah Berleluasa, Jom Terjah Cerita Yang Betul!!!


Dua isu yang dijangka menjadi panas di Pulau Pinang sehari dua ini ialah tindakan penguatkuasaan oleh MPPP dan juga MPSP.

MPPP telah bertindak menyerbu Restoran 'Line Clear' pada pukul 3.30 pagi dan merampas kerusi dan meja premis nasi kandar tersebut kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Manakala MPSP pula telah menjalankan operasi penguatkuasaan di Taman Pelangi mulai semalam dan dijangka berakhir Jumaat ini dimana mereka bertindak merobohkan semua struktur-struktur perniagaan haram yang dikuasai oleh warga asing.

Untuk makluman semua beberapa tahun lalu operasi merobohkan ini pernah dilakukan oleh MPSP dan Utusan melaporkan 1,000 gerai diroboh MPSP.. lihat di ( SINI )

Kita tunggu dan lihat berapa puluh ribu gerai kah yang akan dilaporkan oleh Utusan telah dirobohkan oleh MPSP kali ini.


Sebagaimana yang dijangka penutupan sementara premis nasi kandar 'Line Clear' telah dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO.. antaranya Abu Afiq Studio.. 

Komen Abu Aqif: Jangan tutup dulu. Tak sempat makan situ lagi. Orang tak kena memang tak merasa kesusahan seperti mereka. Jika xdpt membantu jangan mengeluarkan kata² yang boleh mengguris hati. Semoga keluarga Line Clear tabah menghadapi ujian.

Dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Jika sedang menghadapi sebuah kesusahan, Nabi Shallallahu alaihi wa salam biasa membaca doa:


«لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَلِيمُ الحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ رَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ»

“Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Pemilik ‘arsy yang agung. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah pemilik langit, pemilik bumi dan pemilik ‘arsy yang mulia.” (HR. Bukhari no. 7426 dan Muslim no. 2730)

Imam Yahya bin Syaraf An-Nawawi berkata: “Ini adalah sebuah hadits yang agung, wajib diperhatikan dan harus sering dibaca saat menghadapi kesusahan hidup dan perkara-perkara yang berat.”

Imam Muhammad bin Jarir Ath-Thabari berkata: “Generasi salaf (sahabat) sering membaca doa ini dan mereka menyebutnya doa kesusahan hidup.”

Kadang² terfikir adakah ini nasib orang Islam yang tinggal di negara majoriti orang Islam tetapi ditindas sebegini. Alasan berniaga tanpa lesen juga tidak munasabah kerana bila mohon lesen tidak pula diluluskan. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Jika Penang tak boleh berniaga, mungkin LIne Clear boleh mencuba ditempat lain. Meniaga di sini. Senang kami nak datang. Selangor boleh, KL ada. Melaka pun ok.

Nasihatnya baik.. cuma tajuknya 'MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear' itu menjadi fitnah buat MPPP kerana Abu Aqif hanya mendengar dari sebelah pihak saja..

Sedangkan pihak MPPP bukannya menutup terus operasi 'Line Clear' tapi hanya mahukan mereka menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah.

Baca apa penjelasan MPPP dan faktor-faktor yang menyebabkan 'Line Clear' beroperasi tanpa lesen yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider ni..

Aku rasa ramai peminat-peminat masakan di 'Line Clear' tahu perkara ni..

Seperti pedasnya rempah rasa nasi kandar, begitu juga yang dirasai terhadap krisis perbalahan pemilik operasi gerai makan Line Clear di George Town yang menyajikan makanan popular India-Muslim.

Perbalahan antara saudara mengenai siapa yang layak menjalankan perniagaan mempunyai sejarah yang panjang mengenai perjanjian secara bergilir.

Restoran popular 24 jam itu menarik perhatian ramai apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membersihkan lorong belakang yang menjadi pusat perniagaannya sejak 60 tahun lalu, dalam satu serbuan pada pukul 4 pagi Isnin lalu.

MPPP berkata, tindakan dibuat ekoran pengusaha gerai menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Tindakan itu juga dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja 1979," kata MPPP dalam kenyataan, menambah arahan lesen kepada operator baru dikeluarkan mengikut keputusannya pada 8 Oktober tahun lalu.

MPPP hari ini berkata, gerai makanan itu tidak ditutup tetapi cuma mahu memastikan ia beroperasi oleh pemegang lesen yang sah.

28 tahun lalu, tiga pengusaha – Thulkarnai S Naina Mohamed, N Aisha Kalandar Mustan dan Rahimathollah Naina Mohamed menandatangani perjanjian menguruskan perniagaan secara bergilir-gilir setiap tahun.

Ditandatangani pada Februari 1987, perjanjian mengesahkan ketiga-tiga mereka berhak dan pemilik berdaftar gerai jalanan di lorong sebelah 161 Penang Road.

Dokumen menunjukkan tiga pihak setuju dengan terma penggiliran, iaitu setiap pihak akan menguruskan dan menyelenggara kedai setahun sekali bermula 1 Januari 1988 bermula dengan Thulkarnai, kemudian diikuti Aisha, dan Rahimathollah.

Dokumen juga mengandungi perjanjian bagaimana kerja pembaikan perlu dibayar.

Pengusaha terkini adalah Abdul Hamid Seeni Pakir, dan anak lelakinya Hashim Abdul Hamid enggan memberikan komen ketika diminta menunjukkan dokumen itu.

Hamid, bagaimanapun, di dalam dokumen itu dinamakan sebagai salah seorang saksi kepada perjanjian tiga pihak.

Hashim berkata, pertikaian itu sudah dibawa ke mahkamah untuk diputuskan pihak mana yang layak menguruskan premis itu.

"Kami semua boleh tunjukkan dokumen semasa perbicaraan dan kita serahkan kepada mahkamah.

"Kalau tidak isu ini tidak akan selesai dan perbalahan akan berterusan generasi demi generasi," katanya yang juga cucu kepada Seeni Parkeer, dipercayai individu yang memulakan perubahan gerai makan Line Clear.

Katanya, perniagaan berjalan semula seperti biasa selepas MPPP mengarahkan operasi membersihkan lorong pada Isnin lalu. MPPP juga merampas meja dan kerusi dan dibawa naik ke dalam lori.

Datuk kepada Hamid, Seeni Pakeer dikatakan memulakan gerai menjual nasi dan makanan ala Indian-Muslim di lorong yang dahulunya dinamakan Lorong Jamban, kerana berdekatan dengan tandas awam yang terletak di hujung lorong.

Kemudiannya secara tidak rasmi dinamakan Lorong Seeni Pakeer Coffeeshop sebelum dinamakan N Aishah Nasi Kandar dan kemudian, Line Clear.

Restoran itu pernah dikunjungi oleh chef Anthony Bourdain pada tahun 2012, terkenal secara tradisi kerana juruwang akan berteriak "line clear" selepas pelanggan selesai makan dan membayar makanan.

Pada 2 Jun tahun lalu, MPPP yang mengeluarkan Lesen Penjaja Gerai Lorong berkata, pihaknya akan mengeluarkan semula lesen tapak bagi memastikan gerai itu beroperasi mengikut undang-undang.

Pengarah bahagian perlesenan MPPP Azman Sirun berkata, lesen diberikan kepada tiga individu pada tahun 2012 untuk menjalankan aktiviti komersial.

Tiga yang terlibat adalah Abdul Latiff Thulkurnai, Sahubarali China Mohd Hanibah dan Pathumah Iskandar, ketiga-tiganya sepupu, dan mempunyai kaitan dengan tiga individu yang menandatangani perjanjian asal pada tahun 1987.

Bagaimanapun, pemegang lesen tidak boleh menjalan perniagaan kerana kawasan lorong itu sudah dikuasai Hamid, seorang lagi sepupu mereka, kata Azman.

"Mengikut perjanjian diantara penjaja, mereka setuju menjalankan perniagaan secara bergilir setiap tahun.

"Dalam perjanjian itu juga, ahli keluarga memberikan peluang kepada Hamid menjalankan aktiviti daripada tahun 2008 hingga 2010," katanya.

Pada tahun 2011, Sahubarali yang sepatutnya mengambil alih operasi tidak dapat haknya kerana Hamid tidak menyerahkan tapak itu sehingga hari ini, katanya.

MPPP berkata, pihaknya berniat untuk mengambil alih tapak dengan mengosongkan kawasan itu selain mahu menyusun semula aktiviti perniagaan gerai selaras dengan undang-undang yang baru dikuatkuasakan.

Azman berkata, tindakan itu juga bagi memastikan tahap kebersihan dan penjagaan makanan.

Tak tahu tanya dulu Bro Aqif.. jangan sebar fitnah..

Hakikatnya aku pun tak setuju dengan tindakan MPPP yang menyerbu pada pukul 3.30 pagi tu.. Awat tak boleh nak tunggu siang hari dah ka nak serbu tu?


ASD

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.